Powered By Blogger

Jumaat, 18 Oktober 2013

Dol said

DOL SAID PAHLAWAN NANING

NANING
Kawasan ; terletak di antara rembau dengan melaka
Penghulu ; Dato' Naning Abdul Said (Dol Said)
Pusat Pentadbiran : Taboh
Hasil Keluaran : padi , buah-buahan , sirih dan bijih timah

Pada tahun 1831 , Dol Said telah bangkit menentang British . Tahukah anda mengapa Dol Said menentang 
British?

FAKTOR PENENTANGAN DOL SAID DI NANING

  • Mempertahankan kemerdekaan Naning

Pada tahun 1824 , British dan Belanda telah menandatangani perjanjian Inggeris-Belanda . Menurut perjanjian ini , Melaka di serahkan kepada British . British mendakwa Naning merupakan sebahagian daripada Melaka dan ini menyebabkan British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka . Dakwaan ini tidak dapat diterima Dol Said dan rakyat Naning .

  • Menentang bayaran cukai

Melalui undang-undang 1830 , British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil pertanian setelah British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan .

  • Menentang perlaksanaan Undang-undang British

British juga memperkenalkan peraturan penghulu yang menggugat kuasa Dol Said . Peraturan ini melarang penghulu ( Dol Said ) untuk membicarakan kes jenayah . Pada tahun 1828 , Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning . Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan jika tidak mematuhi arahan British .


  • PERISTIWA PERANG 1831

British mengishtiharkan Dol Said sebagai penderhaka . British menghantar 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie untuk menyerangnya tetapi angkatan British berjaya ditewaskan .

Faktor kemenangan Dol Said :

  • Penggunaan taktik gerila
  • Bantuan daripada Seri Menanti , Sungai Ujong , Johol dan Muar 
  • Pertolongan daripada pasukan bantuan yang diketuai oleh menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari Rembau iaitu Syed Sha'aban.
British sedar bahawa Naning tidak mudah dikalahkan . Oleh itu , British 'berunding' dengan Yamtuan Raja Muda Ali dan beliau bersetuju membantu British dengan menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning .

PERISTIWA PERANG 1832


Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning . Pakatan British dengan Rembau telah berjaya mengalahkan Naning . 
Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British.

Kesan perang :
  • Taboh telah ditawan
  • Rumah penduduk Naning telah dibakar
  • Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
  • Daerah Naning dan Melaka disatukan 
  • British mengalami kerugian sebanyak 100 000 paun sterling walaupun berjaya mengalahkan Naning.




Terima Kasih kerana sudi membaca

Jumaat, 28 Jun 2013

assalammualaikum :)
Waktu tengah hari dan cuaca yang agak redup serta alunan angin yang tenang membuat kan adam rasa mahu tidur,haha :p

Sekarang adam berada dibawah rumah nenek tengah duduk sambil mendengar lagu mendayu-dayu dengan gelagat adik saudara yang selalu menyakat kawannya , membuatkan adam tersenyum riang. Sekarang nampaknya kebanyakkan orang disekeliling adam sedang berehat kerana penat menyiapkan makan untuk kenduri keluarga. Huuuu...adam cuma tolong makan jer, hahaha (ketawa jahat)Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja. Done

adam masih baru disini . jadi silap salah harap dimaafkan . Sekian .....


Walaupun umur berbeza tetapi jalinan persahabatan bagaikan  air .
walaupun dicingcang ia tetap tidak akan putus :)